Kit Pemulihan Hubungan 30 Hari ini bantu anda kenal keadaan hubungan, faham emosi pasangan, pilih langkah yang sesuai dan ikut misi kecil setiap hari untuk bina semula komunikasi dengan lebih tenang.
Tak perlu perfect. Tak perlu paksa pasangan berubah hari ini. Mulakan dengan satu langkah yang anda boleh kawal dulu.
Setiap alat disusun mengikut perjalanan pemulihan. Pilih ikut keperluan anda hari ini, tak perlu buat semua sekali gus.
Koleksi skrip dan alat ringkas yang anda boleh buka bila bila masa. Tekan mana mana untuk lihat content siap guna.
Kalau hubungan sedang dingin, itu tak semestinya bermakna semuanya dah berakhir. Kadang-kadang, yang hilang cuma cara bercakap, cara mendengar dan cara menunjukkan sayang. Mulakan perlahan-lahan.
Nama, jurnal, skor dan progress hanya disimpan dalam peranti anda melalui localStorage. Tiada data dihantar ke mana-mana server.
Kit ini ialah alat refleksi dan panduan tindakan, bukan pengganti kaunseling profesional. Jika hubungan melibatkan ancaman, keganasan atau keselamatan diri, dapatkan bantuan pihak berkelayakan dengan segera.
Nama hanya disimpan dalam peranti anda. Tiada data dihantar ke mana mana.
Jawab 15 pernyataan dengan jujur. Skor 1 hingga 100 berdasarkan lima tonggak hubungan.
Pilih yang paling membuat pasangan anda gembira. Sepuluh pilihan sahaja.
Satu misi unik setiap hari, daripada yang paling mudah pada hari pertama sehingga yang paling mencabar pada hari ke-30. Tanda setiap satu yang anda selesaikan.
Skor setiap hari, misi anda muncul automatik dan tulis jurnal pendek. Lihat hubungan anda bertambah baik dari hari ke hari.
Ketik mana mana hari untuk isi atau kemas kini.
Setiap minggu perjalanan, nilai tangki emosi anda dan pasangan. Kemudian catat apa yang patut diteruskan, dihentikan dan diperbaiki.
Skor mingguan anda dikira secara automatik daripada Tracker dan Pelan Tindakan, lengkap dengan maklum balas coaching untuk minggu hadapan.
Bila susah nak cari ayat, pilih situasi anda dan gunakan skrip yang sesuai. Salin, kongsi atau simpan sebagai kegemaran.
Jawab empat soalan pendek dan kit ini bantu anda susun satu mesej baik semula yang tenang dan tulus.
Pilih keadaan, perasaan dan nada anda. Kit ini akan susun satu mesej tenang yang anda boleh salin terus untuk pasangan. Semua diproses dalam peranti anda, tanpa internet.